Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri kenduri doa selamat dan menunaikan solat Maghrib serta Isyak bersama Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Mahiruddin, sempena menyambut bulan Ramadan 1443/2022 di Istana Seri Kinabalu, malam tadi (Jumaat).

Hajiji, Tun Juhar Hadiri Kenduri Doa Selamat Sempena Ramadan 1443/2022

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:25 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri kenduri doa selamat dan menunaikan solat Maghrib serta Isyak bersama Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, sempena menyambut bulan Ramadan 1443/2022 di Istana Seri Kinabalu, malam tadi (Jumaat).

Dalam majlis itu, Mufti Negeri Datuk Ustaz Bungsu @ Aziz Jaafar turut menyampaikan keputusan cerapan anak bulan kepada Tun Juhar Mahiruddin dan Datuk Seri Hajiji Noor.

Turut hadir beberapa jemaah Kabinet negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *