HomeUtamaSabah terima penerbangan antarabangsa pertama 16 April ini

Sabah terima penerbangan antarabangsa pertama 16 April ini

Read Time:56 Second

KOTA KINABALU : Penerbangan antarabangsa yang pertama dari Singapura dijangka akan masuk ke Sabah pada 16 April ini menerusi pesawat AirAsia selepas sempadan negara dibuka pada 1 April lalu.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata, Sabah juga akan menerima kemasukan penerbangan antarabangsa dari Singapura menerusi penerbangan Scoot Airlines pada 29 April ini.

“Saya difahamkan pihak AirAsia akan memulakan penerbangan dari Singapura pada 16 April.  Begitu juga dengan Scoot Airlines yang akan membuat penerbangan ke Sabah pada 29 April.

“Selain itu juga, penerbangan menerusi Royal Brunei akan memulakan penerbangan ke Kota Kinabalu pada 6 Mei depan menerusi dua penerbangan setiap minggu iaitu pada setiap Jumaat dan Ahad,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan program Juadah Keluarga Malaysia disalah sebuah hotel terkemuka disini semalam.

Jafry berkata, pihaknya yakin ramai pelancong dari Singapura yang ingin datang ke Sabah selain menanti penerbangan ke negeri ini.

“Sebelum ini kita ada menerima jemputan dari Singapura untuk mengadakan perbincangan dengan agen-agen di Singapura.

“Namun pada masa itu pintu sempadan negara masih belum dibuka, jadi pihak STB (Sabah Tourism Board) akan mengadakan perbincangan selanjutnya,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Masidi hadir ke pejabat SPRM secara sukarela

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular