HomeUtamaKes Bunuh : Polis cari Ana Farhana dan Ismail 

Kes Bunuh : Polis cari Ana Farhana dan Ismail 

Read Time:39 Second

Kinabatangan: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan sedang mengesan pasangan suami isteri bagi menghadiri perbicaraan kes bunuh di Mahkamah Tinggi Sandakan pada 11 sehingga 14 April ini.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, saksi berkenaan ialah Ana Farhana Musa, 34, dan suaminya, Ismail Santaro, 37.

Menurutnya, alamat terakhir kedua-dua saksi itu ialah Ladang Bukit Mas, Jalan Jeroco, Hup Seng Plantation Sendirian Berhad. 

“Dua saksi itu diminta tampil bagi membantu memberikan keterangan bersabit kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dijadualkan berlangsung selama empat hari.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai saksi terbabit diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Razali Basa di talian 089-561890 atau 019-6217357. 

“Maklumat juga boleh disalurkan ke mana-mana balai polis berdekatan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan tidak benarkan pembinaan Rumah SMJ dibina di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya