HomeUtamaPengorbanan rakyat dihargai untuk negara beralih ke endemik

Pengorbanan rakyat dihargai untuk negara beralih ke endemik

Read Time:51 Second

BELURAN : Kejayaan Kerajaan dalam melaksanakan pelbagai sekatan dan prosedur operasi standard (SOP) selama dua tahun bagi menangani pandemik COVID-19 membolehkan negara berjaya memasuki fasa peralihan ke endemik bermula 1 April lalu.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, Kerajaan turut menghargai pengorbanan dan kerjasama rakyat yang terus mematuhi dan mengikuti semua SOP yang ditetapkan.

“Kita lihat pada tahun ini ianya berbeza sedikit dengan dua tahun lalu dimana masyarakat kita dapat melaksanakan aktiviti sosial menerusi kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan.

“Ini adalah disebabkan oleh kejayaan kerajaan dalam menangani COVID-19 dengan pelbagai bantuan dana termasuk pelaksanaan program vaksinasi sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada masjid dan surau di Beluran disini semalam.

Dr Ronald yang juga Ahli Parlimen Beluran berkata, meskipun masih ada SOP yang perlu dipatuhi namun rakyat kini dapat melaksanakan aktiviti harian dengan sempurna tanpa ada sebarang sekatan.

“Sudah pasti kita berharap agar pandemik ini akan cepat berlalu dan dapat kembali kepada kehidupan yang sedia kala,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KM minta tindakan profesional tangani isu di Sabah

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular