HomeUtamaIsu pendidikan dapat diatasi jika kuasa autonomi diturunkan

Isu pendidikan dapat diatasi jika kuasa autonomi diturunkan

Read Time:2 Minute, 4 Second

MEMBAKUT : Isu berkaitan pendidikan di negeri ini dapat diatasi dengan lebih berkesan sekiranya penurunan kuasa autonomi kepada Sabah direalisasikan.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, melalui autonomi itu, para pelajar di Sabah akan dapat menikmati kemudahan dan keselesaan setanding pelajar di negeri lain.

“Sabah memerlukan bantuan yang besar daripada kerajaan persekutuan kerana kita masih ada sekolah-sekolah daif, sekolah berskala tujuh dan ada pula sekolah yang perlu tambahan, bina baru dan sebagainya.

Arifin (dua dari kiri) menyampaikan replika cek dana penerima bantuan bulanan untuk asnaf fakir.

“Saya yakin isu-isu ini akan dapat segera kita atasi apabila usaha penurunan kuasa autonomi dapat direalisasikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana Daerah Membakut di Dewan Sri Wawasan Kampung Pimping, disini semalam.

Mohd Arifin yang juga Exco Pendidikan Sabah berkata, sekiranya autonomi itu direalisasikan, ianya akan dapat membantu banyak perkara berhubung masalah pendidikan khususnya yang melibatkan prasarana.

“Ini kerana kita memerlukan bantuan dari sudut peruntukan kerana Sabah masih ada sekolah yang dibina dengan kayu, papan dan sebagainya, malah ada sekolah daif dan ini perlu mendapat perhatian.

“Apabila kita mendapat bantuan daripada persekutuan, sudah pasti anak-anak kita akan mendapat kemudahan dan keselesaan setanding dengan anak-anak lain di seluruh negara,” katanya.

Beliau menyatakan demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin dalam usaha menambah baik bidang pendidikan di Sabah dan Sarawak menerusi Jawatankuasa Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Terdahulu pada majlis itu, Mohd Arifin menyampaikan dana penerima bantuan bulanan asnaf fakir miskin berjumlah RM 387,000 kepada Penolong Pegawai Daerah, Ibrahim Terki, di samping sijil penghargaan serta cenderamata kepada 250 peserta tadarus.

Antara peserta yang ditemui ialah pelajar tahun keempat, Tahfiz Darul Yatama Yaacob Khan, Mohd Azuan Mohd Azlan, berasal dari Kimanis menzahirkan rasa syukur kerana dapat bertadarus dalam jumlah yang ramai.

Mohd Azuan bersyukur dapat menyertai majlis tadarus dengan beramai-ramai.

“Syukur kerana setelah dua tahun, hari ini umat Islam sudah dapat bersama-sama menyertai tadarus dan khatam Al-Quran dalam bulan ramadan,” katanya yang membaca Surah At-Taubah.

Turut gembira berakhirnya pandemik COVID-19, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Membakut, Nur Mirrah Hawaniz Pinsu Osman, 19, yang membaca Al 290 hingga 299.

Nur Mirrah Hawaniz merancang untuk berziarah ke rumah sanak-saudara sempena aidilfitri ini.

“Sambutan hari raya pada tahun ini, saya bercadang untuk menziarahi sanak-saudara kerana sudah dua tahun tidak dibenarkan akibat pandemik Covid-19,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya