131 anak yatim,ibu tunggal terima sumbangan pakaian raya

Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU : Seramai 131 anak yatim dan ibu tunggal menerima sumbangan raya berupa set persalinan baju melayu dan baju kurung.

Daripada jumlah itu, seramai 68 orang adalah melibatkan anak yatim manakala 63 orang lagi terdiri dari ibu tunggal yang menerima sumbangan daripada Jakel Silk House.

Sumbangan itu disampaikan Isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Norlidah RM Jasni di premis perniagaan Jakel disini semalam.

Pengarah Urusan Jakel Silk House Mohd Amran Mohd Nor berkata, sumbangan itu diharap dapat menggembirakan anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal tersebut di kala menyambut hari raya nanti. 

“Hari ini (semalam) kita berkongsi rezeki dengan anak-anak ini dan ibu-ibu tunggal, kami berharap agar mereka dapat menyambut hari raya tahun ini dengan suasana yang gembira.

“Kita juga berharap agar tahun ini dimurahkan rezeki dan meneruskan program-program sebegini di masa akan datang, memandangkan dua tahun sebelum ini kita berdepan pandemik COVID-19 yang sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Masjid Jamek As Salam Kampung Benoni, Papar, Awang Damit Pengiran Apong meluahkan rasa syukur atas sumbangan tersebut.

 “Saya bagi pihak masjid berterima kasih kepada pihak korporat yang telah sudi bekerjasama dengan pihak masjid dalam membantu golongan yang memerlukan.

“Ini merupakan jalinan usaha yang pertama bersama pihak Jakel Silk House dalam membantu anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal di kampung ini,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.