HomeIsu tempatanKepimpinan Belia Harus Proaktif, Agresif Bantu Masyarakat Terutama Di Pedalaman

Kepimpinan Belia Harus Proaktif, Agresif Bantu Masyarakat Terutama Di Pedalaman

Read Time:1 Minute, 29 Second

BEAUFORT: Kepimpinan belia diminta sentiasa proaktif dan agresif menjadi suara kepada rakyat dalam membantu menyampaikan masalah yang dihadapi masyarakat setempat khususnya di kawasan pedalaman di negeri ini.

Pengerusi Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pedalaman Bawah (GABUNGAN) Mazlan Joehari Manan berkata, kepimpinan belia harus berani dalam membantu masyarakat selain terus mengangkat suara anak muda di negeri ini.

“Kepimpinan belia hari ini haruslah lebih proaktif dan aggresif dalam membantu masyarakat dan mengangkat suara anak muda kerana belia akan menjadi tunjang kepada kemajuan negara.

“Jadi kepimpinan belia harus terus menjadi suara kepada masyarakat sekitar terutamanya dalam menyampaikan keperluan dan permasalahan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Kepimpinan GABUNGAN di pekarangan Pejabat GABUNGAN Arena Belia, Kementerian Belia dan Sukan Daerah Beaufort, di sini, semalam.

Bercakap mengenai program yang dihadirinya, Mazlan berkata, pelbagai pengisian dilakukan oleh GABUNGAN termasuk meraikan 25 hafizah dari Madrasah Quran Raudahtul Ulum, Kampung Limbawang Beaufort.

“Sebanyak RM1,000 telah disumbangkan oleh Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pedalaman Bawah kepada madrasah itu bagi membantu mereka memyediakan barang keperluan terutama di bulan Ramadan ini.

“Dalam majlis ini juga, dana belia Jalinan Kasih Ramadaan sebanyak RM1,000 turut disampaikan kepada lima kumpulan belia dengan jumlah keseluruhan RM5,000 untuk membantu keluarga-keluarga kurang berkemampuan di Bahagian Pedalaman Bawah di mana program itu akan dilaksanakan bermula esok hingga 17 April ini,” katanya.

Katanya lagi, program Jalinan Kasih Ramadan turut menyasarkan keluarga yang kurang berkemampuan untuk dibantu dalam bentuk barang makanan dan dianggarkan sebanyak 100 keluarga akan menerima manfaat.

“Program ini juga bagi mengeratkan lagi hubungan belia dan masyarakat dalam menyerlahkan keperihatinan belia kepada mereka yang kurang berkemampuan,” katanya.

Turut hadir Presiden Majlis Belia Sabah (MBS) Abqaree Fawaz Abekan; Pegawai Belia dan Sukan Sabah Bahagian Pedalaman Bawah, Yassin Omar dan Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Beaufort, Zainudin Aten.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular