HomeUtamaRibut Tropika MEGI - Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama...

Ribut Tropika MEGI – Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dikeluarkan – MET Malaysia

Read Time:42 Second

CYBERJAYA – – MET MALAYSIA mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di kawasan perairan Timur Condore,Reef North,Layang-Layang,Labuan,Palawan. Sulu berkuat kuasa sehingga 11 April 2022.

Menerusi kenyataan akhbarnya sebentar tadi MET Malaysia memaklukan Ribut Tropika (MEGI) berada di kedudukan 11.O U 125.OT, kira-kira 144 km ke barat laut Surigao City, Filipina; 950 km ke timur laut Sandakan, Sabah.

Katanya Ribut tropika ini hampir pegun dan kelajuan angin maksimum adalah 65 km/j dan keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang di kawasan perairan Sabah.

Orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan untuk lebih peka, mengikuti maklumat berkenaan status terkini ribut tropika MEGI yang akan dikemaskini setiap 3 jam. Maklumat ini boleh diperolehi melalui laman web dan aplikasi mobil myCuaca.

Orang awam juga boleh menghubungi talian hotline MET Malaysia bagi sebarang pertanyaan lanjut.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan tidak benarkan pembinaan Rumah SMJ dibina di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya