Pemberian khas kepada Sabah perkembangan positif

Read Time:57 Second

KOTA KINABALU:  Pertambahan amaun pemberian khas oleh Kerajaan Persekutuan kepada Sabah merupakan suatu perkembangan yang positif.

Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, masyarakat seharusnya menyambut baik perkembangan perundingan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) itu.

“Saya menyambut baik pengumuman yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Menteri Sabah berkenaan pertambahan pemberian khas kerajaan Persekutuan untuk Sabah sebanyak 4.7 kali ganda.

“Ini merupakan satu proses perundingan hak-hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) itu sedang ditunaikan oleh kerajaan persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Panglima 5 Divisyen, Datuk Mohd Halim Khalid di Kem Lok Kawi disini semalam.

Shahelmey berkata, jumlah yang diberikan ini akan dikaji apabila keadaan kewangan kerajaan persekutuan bertambah baik nanti.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan kepada pegawai dan anggota tentera yang telah berkhidmat sepanjang pandemik COVID-19.

Turut menerima sumbangan Masjid As-Salam Kem Lok Kawi dan Sekolah Kebangsaan Kem Lok Kawi.

Turut hadir sama dalam majlis tersebut Panglima 5 Briged, Brigader Jeneral Saiful Bahari Zainol dan Panglima 13 Briged Brigader Jeneral Suhaimi Shamsuddin.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.