HomeUtamaHajiji Terima Kunjungan Jawatankuasa Dakwah Daerah Sandakan

Hajiji Terima Kunjungan Jawatankuasa Dakwah Daerah Sandakan

Read Time:34 Second

SANDAKAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Dakwah Daerah Sandakan (JDDS) di Sabah Hotel dekat sini, semalam.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan menemui rombongan JDDS diketuai oleh Farizal Setoh, selepas menghadiri Majlis Iftar Bersama Masyarakat Batu Sapi di Masjid Wasatiyyah, Sandakan.

Beliau telah diberi taklimat berhubung masalah dan cadangan penambahbaikan Taman Perkuburan Ar-Raudah Sandakan dan Masjid Daerah Sandakan.

Hadir sama Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif dan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Benedict Asmat.

Hajiji juga mengadakan perjumpaan bersama Ketua-Ketua Armada dan Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Zon 5 dan menemui Jawatankuasa Persatuan Rumpun Bajau SAMA Sabah cawangan daerah Sandakan dan Beluran.

RELATED ARTICLES
Utama

Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumikan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya