HomeUtamaPulau Sepanggar sesuai dijadikan lokasi pelancongan pinggir bandar

Pulau Sepanggar sesuai dijadikan lokasi pelancongan pinggir bandar

Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai Datuk Yakub Khan mencadangkan agar Kampung Pulau Sepanggar disini dijadikan sebagai sebuah lokasi tarikan pelancong di pinggir bandar.

Katanya, ianya boleh dilaksanakan bagi membantu meningkatkan lagi ekonomi penduduk setempat di pulau berkenaan.

“Sebenarnya Pulau Sepanggar ini dekat dihati kami, selalu dalam perbincangan yang memikirkan apa yang perlu kita laksanakan disini.

“Selain itu, saya melihat disini banyak rumah yang kosong dan mungkin ianya boleh dibuat pelancongan seperti homestay namun kita perlu memikirkan apa yang perlu kita tawarkan kepada pelancong sebagai tarikan ke pulau ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ziarah Ramadan UMNO Sepanggar 2022 di Masjid Kampung Pulau Sepanggar disini semalam.

Yakub yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah berkata, pihaknya akan berusaha untuk mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak bagi mengenal pasti tarikan pelancongan sesuai di kawasan berkenaan.

“InsyaAllah kita akan cuba berbincangan dengan beberapa orang termasuk kita akan jemput dari UMS (Universiti Malaysia Sabah) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk kita lihat apa yang ada di pulau ini untuk kita tawarkan sebagai produk pelancongan.

“Pulau ini sangat cantik jika kita pandai menjaga dengan kemudahan yang ada.  Beri kami keyakinan, kami akan usahakan selain akan cuba yang terbaik untuk penduduk setempat,” katanya.

Dalam pada itu, Yakub turut menyeru kepada penduduk setempat agar terus meningkatkan amal ibadah selain memperkukuhkan lagi persaudaraan dikalangan masyarakat sepanjang Ramadan.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular