HomeUtamaCOVID-19 : Jangkitan di Sabah terus stabil

COVID-19 : Jangkitan di Sabah terus stabil

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU : Keadaan jangkitan COVID-19 di Sabah terus bertambah stabil apabila apabila sebanyak 13 daripada 27 daerah di negeri ini tidak mencatat sebarang jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Sabah turut mencatatkan penurunan kes jangkitan COVID-19 tiga hari berturut-turut apabila sebanyak 58 kes dilaporkan pada hari ini.

Katanya, angka itu adalah terendah sejak 14 Mei 2021 dan 11 kes lebih rendah berbanding jumlah semalam.

“Tujuh daerah mencatat peningkatan jumlah kes baharu tetapi pada kadar yang marginal, iaitu Kota Kinabalu (+2), Penampang (+2), Sandakan (+2), Semporna (+2), Beluran (+2), Kota Marudu (+1) dan Tambunan (+1).

“Kota Kinabalu kekal sebagai daerah yang mencatat kes baharu dua angka,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, tanda-tanda penstabilan kes jangkitan virus COVID-19 di Sabah harus dilihat dan dinilai dengan mengambilkira peratusan jangkitan sporadik yang kekal tinggi.

Katanya pada hari ini kadar jangkitan sporadik ialah 62 peratus daripada keseluruhan kes baharu.

“Peratusan tinggi ini adalah satu peringatan bahawa jumlah jangkitan harian boleh bertukar secara mendadak sekiranya masyarakat lalai mematuhi prosedur standard operasi (SOP).

“Seramai 54 orang daripada 58 pesakit baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, seorang dalam Kategori 3, dua orang dalam Kategori 4 dan seorang lagi pesakit dalam Kategori 5,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya