HomeUtamaAmalan membaca bantu tingkat daya pemikiran kreatif

Amalan membaca bantu tingkat daya pemikiran kreatif

Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU : Amalan membaca dikalangan masyarakat khususnya di Sabah akan dapat membantu meningkatkan lagi daya pemikiran yang kritis dan kreatif.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan berkata, amalan yang boleh dilaksanakan bermula di peringkat kanak-kanak itu akan dapat membantu pertumbuhan kognitif serta menguatkan lagi memori.

Katanya, bagi golongan dewasa ianya akan dapat membantu membuka minda dan tidak menjadi seperti ‘katak di bawah tempurung’.

“Budaya membaca wajar dijadikan sebagai satu gaya hidup dalam kalangan rakyat di Malaysia kerana ianya adalah pemangkin kemajuan negara. 

“Ini kerana, kemajuan sesebuah negara tidak dilihat pada pembangunan fizikal semata-mata tetapi juga diukur pada kemajuan intelektual rakyatnya,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit  2022 di sini hari ini.

Yakub berkata, kemajuan negara dan ketamadunan bangsa juga dapat dikembangkan dan dipertingkatkan jika bangsa itu berfikiran tinggi yang lahir dari amalan membaca.

Katanya, masyarakat yang suka membaca adalah masyarakat yang cintakan ilmu.

“Dalam konteks membaca, Perpustakaan memainkan peranan penting khususnya dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih efisien dan efektif kearah mencapai objektif mewujudkan masyarakat yang berbudaya membaca serta berilmu.

“Perpustakaan harus peka pada perubahan serta cabaran semasa. Dalam usaha kita merancakkan lagi budaya membaca,  Perpustakaan Negeri Sabah bukan sahaja memberi perkhidmatan bahan bacaan dari segi fizikal, perkhidmatan pinjaman bahan secara dalam talian juga boleh didapati dan ianya adalah percuma dan boleh digunakan oleh semua ahli Perpustakaan,” katanya.

Jutseru beliau berharap agar amalan membaca dijadikan sebagai salah satu hiburan dan pengisian masa lapang agar budaya melepak dikalangan anak-anak muda dapat dielakkan.

Katanya turut berharap agar budaya membaca ini juga menjadi titik tolak kepada tanah air untuk menyaingi negara-negara maju yang lain.

“Seterusnya melahirkan generasi masa hadapan yang kaya dengan ilmu pengetahuan dan mempunyai jati diri yang kukuh,” katanya.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular