HomeEkonomiMalaysia berpotensi jadi hab terbiodegradasi terkemuka di Asia Tenggara

Malaysia berpotensi jadi hab terbiodegradasi terkemuka di Asia Tenggara

Read Time:2 Minute, 3 Second

GURUN: Malaysia berpotensi menjadi hab terbiodegradasi terkemuka di Asia Tenggara selepas menerima pelaburan bernilai RM100 juta menerusi kerjasama antara syarikat tempatan, Free The Seed Sdn Bhd dengan Hotpack Packaging Industries LLC (Hotpack) dari Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata pelaburan itu adalah untuk tempoh tiga hingga lima tahun pertama sebelum Hotpack bercadang meningkatkan nilai pelaburan sehingga RM400 juta dalam tempoh 10 tahun.

Katanya, menerusi kerjasama itu, Free The Seed, syarikat bioteknologi Malaysia yang mengeluarkan produk terbiodegradasi daripada jerami padi menjadi rakan kongsi teknologi dan operasi bagi Hotpack dengan menyediakan bahan mentah, kepakaran, tenaga kerja dan pengetahuan teknikal kepada syarikat dari UAE itu.

“Manakala, Hotpack pula mengeluarkan dan menyediakan produk terbiodegradasi baharu untuk pasaran global termasuk negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

“Kerjasama ini membabitkan pembinaan 10 kilang pembuatan pembungkusan terbiodegradasi baharu di Gurun bernilai RM400 juta dalam tempoh 10 tahun akan datang. Pembinaan kilang pengeluaran pertama seluas 3,200 meter persegi akan bermula pada Mei 2022 dan dijangka siap pada Ogos 2022.

“Kilang pertama ini dijangka menghasilkan 70 juta unit produk pembungkusan barangan pengguna bergerak pantas (FMCG) dalam masa setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan majlis pecah tanah untuk kerjasama itu di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ronald berkata, pelaburan itu juga mewujudkan tiga peluang pekerjaan dalam tempoh tiga hingga lima tahun pertama sebelum meningkat kepada 1,200 peluang pekerjaan dalam tempoh 10 tahun bagi tenaga kerja mahir dan separa mahir.

Beliau menambah, pelaburan juga akan menghasilkan pembungkusan terbiodegradasikan daripada pelbagai jenis sisa pertanian seperti daun nanas dan jerami padi.

Katanya, model mampan dan kitaran seperti ini akan membawa kepada pendapatan yang lebih baik untuk lebih ramai komuniti petani di Malaysia, di samping menarik lebih ramai pelabur asing, melindungi alam sekitar, selain menambah nilai kepada pertanian lestari di Malaysia mahupun UAE.

“Saya percaya bahawa automasi dan bioteknologi yang digunakan dalam persediaan pembungkusan makanan terbiodegradasi antara Free The Seed dan Hotpack akan menyumbang kepada kemampanan sistem makanan, bukan sahaja di Malaysia tetapj juga di seluruh dunia.

“Ini selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) di mana kedua-duanya menggalakkan penerapan teknologi baru dalam Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0) untuk memacu pemodenan dan pembangunan mampan dalam negara,” katanya.

Ronald berkata, MAFI akan terus memberikan sokongan untuk projek pelaburan seumpama itu yang sudah pastinya akan meningkatkan lagi nilai pertanian Malaysia dan memacu kemampanannya sekali gus terus memperkukuhkan lagi Sekuriti Makanan Negara demi kesejahteraan rakyat. – BH

RELATED ARTICLES
Utama

Kira-kira 10,000 hadir perbarisan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-71 TYT Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular