HomeIsu tempatanMajlis Belia KDCA Sokong Kerajaan Sabah Laksanakan Projek Rumah Mesra SMJ

Majlis Belia KDCA Sokong Kerajaan Sabah Laksanakan Projek Rumah Mesra SMJ

Read Time:55 Second

KOTA KINABALU: Majlis Belia Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) menyokong keputusan Kerajaan Sabah apabila Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri bakal melaksanakan projek Rumah Mesra SMJ.

Geran khas RM125.6 juta untuk Sabah akan digunakan untuk membina sejumlah 1,500 unit Rumah Mesra SMJ di kesemua 73 Dewan Undangan Negeri (DUN) dan akan diagihkan sama rata kepada semua kawasan di seluruh Negeri Sabah.

“Keputusan ini selaras dengan inisiatif Haja Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) Kerajaan Negeri untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan mereka akan mendapat akses kepada rumah mampu milik.

“Lebihan dana daripada peruntukan itu akan digunakan untuk membaiki jalan, jambatan gantung dan infrastruktur lain serta harta benda yang rosak akibat banjir,” menurut Ketua Menteri.

Steve Johnny Mositun yang mewakili Majlis Belia KDCA memuji langkah itu dan ini menunjukkan permulaan yang baik untuk Sabah sambil memastikan dana itu akan digunakan dengan baik untuk kepentingan rakyat dan negeri.

“Sebagai generasi muda kita perlu menyokong sebarang langkah baik oleh kerajaan dan sebagai persatuan yang memelihara budaya Kadazandusun, kita harus bekerjasama dalam memastikan keunikan diversiti budaya itu berterusan untuk generasi akan datang,”katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya