HomeUtamaRoadshow Hala Tuju SMJ beri pendedahan kepada rakyat

Roadshow Hala Tuju SMJ beri pendedahan kepada rakyat

Read Time:59 Second

TAWAU : Pelaksanaan Program Mini Roadshow Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) di daerah ini mampu memberi pendedahan kepada rakyat berhubung intipati Hala Tuju SMJ.

Sekretariat Hala Tuju SMJ dalam satu kenyataan berkata, program itu juga merupakan salah satu platform libat urus yang dapat menyebar luas intipati Hala Tuju SMJ (Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0 : 2021-2025).

“Jelas sekali, program berkonsepkan interaksi dua hala secara bersemuka antara Kerajaan negeri Sabah dengan rakyat di negeri ini akan menjadi titik awal dalam menyampaikan maklumat Hala Tuju SMJ secara lebih jelas dan mudah kepada golongan sasar,” kata kenyataan itu.

Perasmian program disempurnakan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai yang diadakan di Dewan Masyarakat Tawau disini semalam.

Antara pengisian program adalah  Retrospektif Aspirasi Hala Tuju SMJ; penyerahan Buku Ringkasan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (HTSMJ) kepada Presiden Majlis Perbandaran Tawau.

Selain itu, mini forum turut diadakan dengan menyentuh tiga sektor utama di bawah inisiatif HTSMJ iaitu Sektor Pertanian, Pelancongan dan Kesejahteraan Rakyat.

Sesi perkongsian inisiatif HTSMJ itu dimulakan Kementerian Pertanian dan Perikanan diikuti Taman-Taman Sabah yang mengupas topik pelancongan dan diakhiri sesi perkongsian mengenai kesejahteraan rakyat oleh Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya