Aliff Syukri perlu jaga sensitiviti kaum,dapatkan nasihat pakar – Steve

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU : Majlis Belia Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) meminta agar ahli perniagaan terkenal Malaysia Datuk Seri Aliff Syukri menjaga sensitiviti suatu kaum di negara ini.

Pengerusi Majlis Belia KDCA Steve Johnny Mositun berkata, ini termasuklah membuat kajian atau mendapatkan nasihat pakar yang berkaitan kebudayaan sesebuah etnik sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan.

“Semua sedia maklum bahawa beliau (Aliff Syukri) telah mengeluarkan kenyataan bahawa ‘Tarian Kadazan, orang pakai seluar dalam’ dalam satu sesi temubual yang tular di media sosial sejak kelmarin telah mengundang kecaman orang ramai khususnya di negeri ini.

“Justeru, beliau perlu menjaga sensitiviti suatu kaum sebelum mengeluarkan kenyataan atau perlu membuat kajian mengenai kebudayaan termasuk pakaian tradisi kaum yang ada di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan disini hari ini.

Steve berkata, keharmonian bangsa berbilang kaum di negara ini perlu terus di jaga dan dihormati.

“Pakaian tradisi kaum di negara ini khususnya di Sabah termasuk Kadazan Dusun mempunyai maksud dan entiti tersendiri, ianya bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.

“Kita juga mengharap perkara seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa hadapan,” katanya.

Beberapa hari lalu, Aliff Syukri dalam satu temubual bersama sebuah agensi berita menyatakan tarian adalah sebuah ‘art’ iaitu seni.

Beliau turut memberi contoh ‘tarian Kadazan orang memakai seluar dalam’ telah mencetus kecaman orang ramai khususnya di Sabah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *