SUDC terus main peranan semarak semangat kebersamaan selari konsep Keluarga Malaysia

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:58 Second

TENOM : Sabah Urban Development Corporation Sdn Bhd (SUDC) akan terus memainkan peranan dalam menyemarakkan semangat kebersamaan dan mengeratkan silatulrahim selari dengan konsep ‘Keluarga Malaysia’  melalui program Ihya Ramadan.

Pengerusinya Jamawi Jaafar berkata,  program Ihya Ramadan dan agihan bantuan Ramadan melaui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) akan memberi fokus kepada golongan miskin, anak yatim, warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan komuniti B40 dalam serta luar bandar.

“Ini adalah usaha berterusan yang dilaksanakan SUDC sempena menyambut kehadiran Ramadan.

“Bulan yang penuh kemuliaan dan menjanjikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda walaupun rakyat di seluruh dunia diduga dengan pandemik COVID-19,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri program Jelajah Ramadahan  SUDC di masjid Ar Rahman Kampung Jawa Sumbiling disini kelmarin.

Selain program berbuka puasa bersama masyarakat setempat pihak SUDC turut menyampaikan beberapa bantuan kepada masjid, madrasah Tahfiz ,Belia dan NGO daerah Tenom.

Jamawi berkata, selepas negara dilanda pendemik COVID-19 kebanyakan rakyat terjejas punca pendapatan dan ini memberikan kesan yang mendalam.

“Justeru penyertaan Syarikat berkaitan kerajaan, badan-badan NGO dan sektor swasta melalui program CSR kepada masyarakat ketika ini terutamanya dibulan Ramadan amat bermakna bagi membantu meringankan beban yang mereka tanggung,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *