Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan cenderamata kepada Dato’ Seri Idris Jusoh semasa kunjungan itu.- Foto ihsan JKM

Hajiji Terima Kunjungan Hormat Pengerusi FELDA

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:29 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Dato’ Seri Idris Jusoh dan rombongan di kediaman rasminya di Sri Gaya, hari ini.

Hajiji diberi taklimat oleh Idris mengenai operasi FELDA di Sabah dan perancangan
masa depannya.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong, Peguam Besar Negeri, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof dan Penasihat Kewangan kepada Ketua Menteri, Datuk Peter Thien.

Bersama Idris ialah Pengarah Besar FELDA, Datuk Amiruddin Abdul Satar, Timbalan Pengarah Besar FELDA (Servis Korporat), Mahadzir Mustafa dan Pengarah Wilayah Sahabat, Yusof Ismail.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *