HomeLuar negaraVertiport pertama di dunia untuk dron, kereta terbang dibuka di England 

Vertiport pertama di dunia untuk dron, kereta terbang dibuka di England 

Read Time:1 Minute, 22 Second

LONDON: Kereta terbang sering dijadikan sebagai alat pengangkutan menerusi filem fiksyen sains sejak bertahun-tahun seperti naskhah Harry Potter. 

Kenderaan futuristik itu benar-benar menjadi realiti apabila vertiportpertama di dunia dibuka minggu ini, lapor Daily Mail 

Vertiport Air-One terletak di Coventry dan akan menjadi hab droon dan pesawat elektrik atau eVTOL termasuk kereta terbang dan teksi. 

Menurut Pengasas Urban-Air Port yang merupakan pemaju Air-One yang berpangkalan di United Kingdom, Ricky Sandhu, pembukaan kawasan itu adalah detik penting yang menggambarkan senjata permulaan untuk zaman pengangkutan baharu, pelepasan sifar gas dan perjalanan bebas kesesakan dalam bandar.

Ia sekali gus akan menjadikan penduduk lebih sihat, bahagia dan saling berhubung berbanding sebelum ini. 

“Kalau kereta ada jalan raya, kereta api mempunyai rel dan pesawat memiliki lapangan terbang, kini eVTOL mempunyai pelabuhan udara bandar.

“Daripada reka bentuk dan fabrikasi, Urban-Air Port berjaya membangunkan Air-One dalam masa 15 bulan sahaja. 

“Kita akan menetapkan piawaian bagi penggunaan di seluruh dunia,” katanya. 

Air-One diumumkan kali pertama Oktober tahun lalu dan dibuka secara rasmi, kelmarin.

Pembinaan itu adalah model pertama dalam infrastruktur yang disediakan dan pihaknya bercadang menempatkan lebih 200 vertiport di seluruh dunia menjelang 2027. 

Air-one akan digunakan sebagai kenderaan bagi membawa penunjuk perasaan yang dikendalikan oleh pihak polis West Midlands dan Skyfarer. 

Coventry dipilih sebagai tapak pertama kerana lokasinya di tengah-tengah UK dan kebanyakan kawasan lain hanya memerlukan masa selama empat jam ke sana. 

Tapak lain sudah dirancang untuk dibuka di West Midlands dan London serta di Los Angeles, Australia, Korea Selatan, Perancis, Jerman dan Asia Tenggara. 

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular