HomeUtamaMUTIARA GRS-BN Menyantuni Anak-anak Yatim

MUTIARA GRS-BN Menyantuni Anak-anak Yatim

Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (MUTIARA GRS-BN) menyantuni kira-kira 100 anak yatim dalam majlis berbuka puasa sempena Program Anjung Kasih MUTIARA GRS-BN, di sini pada Selasa.

Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag yang juga Yang Dipertua MUTIARA GRS-BN, itu berkata Program Anjung Kasih MUTIARA GRS-BN itu adalah sebahagian daripada aktiviti kemasyarakatan oleh pertubuhan berkenaan yang dilaksanakan sempena bulan Ramadan.

“Majlis ini bertujuan menyantuni anak-anak yatim yang datang dari sekitar Kota Kinabalu, Putatan, Tuaran dan Tamparuli. Kehadiran anak-anak ini telah memberi peluang kepada kami untuk melaksanakan tanggungjawab untuk mengembirakan anak-anak ini menyambut Aidilfiti yang tidak lama lagi menjelang tiba.

“Dalam pada itu, MUTIARA GRS-BN juga cuba membawa semua ahli untuk sama-sama bersedekah membantu mereka yang tidak berkemampuan. Ia kerana keutamaan bersedekah pada bulan Ramadan adalah cukup istimewa berbanding pada bulan-bulan lainnya,” katanya sempena majlis Anjung Kasih MUTIARA GRS-BN, di sini.

Sempena majlis itu, Juliah turut merakam tahniah kepada semua Jawatankuasa. Penganjur yang terdiri dari ahli Jawatankuasa MUTIARA GRS, pegawai dan kakitangan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) atas kejayaan melaksanakan program ini.

“Semoga amal kebajikan kita akan menjadi teladan kepada masyarakat dan mendapat rahmat serta balasan baik,” katanya.

Turut hadir ialah Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif; Naib Yang Dipertua I, Datin Seri Nor Asidah Alimuddin; Naib Yang Dipertua II, Datin Seri Cecilia Edwin Kitingan dan Naib Yang Dipertua III merangkap Pengerusi Biro Kebajikan, Datin Linda Ewit; Pengerusi Biro Agama MUTIARA GRS-BN, Datin Lenny Natasha Musa dan Timbalan Yang Dipertua MUIS, Ustaz Malai Ali Malai Ahmad.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya