HomeIsu tempatan105 golongan asnaf terima sumbangan menerusi Program Jelajah Ramadan Sabah

105 golongan asnaf terima sumbangan menerusi Program Jelajah Ramadan Sabah

Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU : Seramai 105 orang terdiri dari golongan asnaf di tiga buah daerah terpilih di negeri ini menerima sumbangan menerusi Program Jelajah Ramadan Sabah 2022 baru-baru ini.

Program yang dilaksanakan dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Bank Rakyat itu telah diadakan di Masjid An Nur Kampung Rancangan Nangoh Telupid; Masjid Nurul Hidayah Kampung Bangka-Bangka Kota Kinabalu dan Surau Kampung Beruang Merotai Tawau.

Dari jumlah penerima sumbangan, seramai 45 orang merupakan penerima dari daerah Telupid; 30 orang (Kampung Bangka-Bangka) dan 30 orang lagi penerima di Tawau.

FAMA Sabah dalam satu kenyataan berkata, objektif program itu adalah bertujuan untuk mengimarahkan bulan Ramadan.

Antaranya dengan melaksanakan aktiviti gotong-royong; membersihkan masjid, penyampaian sumbangan dan menyantuni golongan asnaf di kawasan-kawasan terpilih dengan agihan bubur lambuk yang di masak sendiri oleh kakitangan FAMA Sabah.

Program ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara FAMA dan Bank Rakyat dengan masyarakat komuniti setempat di mana program ini dilaksanakan.

“FAMA Sabah khususnya berharap agar program seumpama ini akan dapat dilaksanakan pada setiap tahun dan kita akan pastikan program ini akan sentiasa di tambah baik dari tahun ke tahun yang akan datang,” kata kenyataan itu di sini semalam.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah FAMA Dato Zainal Abidin Yang Razalli ketika menyempurnakan Program Jelajah Ramadan itu di Kampung Rancangan Nangoh Tepulid pada 18 April lalu berkata, program ini dilaksanakan di seluruh negara melalui FAMA Negeri.

Katanya, sebanyak 26 lokasi disasarkan untuk dilaksanakan program berkenaan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular