Read Time:29 Second
AGENSI
Ferdinand Marcos Jr memenangi pilihan raya presiden Filipina berdasarkan keputusan awal, lapor Anadolu Agency (AA) memetik media tempatan pada Isnin.
Marcos, pewaris politik mendiang Ferdinand Marcos yang memerintah Filipina selama lebih 30 tahun, memperoleh lebih 29.6 juta undi manakala pencabar terdekatnya Leni Robredo jauh ketinggalan di belakang dengan 14.1 juta undi.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya atas sokongan yang diberikan sejak enam bulan lalu.
“Kemenangan ini bukan kejayaan saya seorang tetapi kejayaan anda (penyokong).
“Ia melibatkan sangat ramai orang dan kepada mereka semua, saya ucapkan terima kasih,” kata Marcos.