Lapan sekolah terjejas banjir di Sabah ditutup

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:47 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak lapan buah sekolah termasuk sebuah sekolah menengah ditutup akibat banjir yang melanda di beberapa buah daerah di Sabah.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Dr Mistirine Radin berkata, sekolah yang ditutup itu melibatkan seramai 2,425 murid dan 204 guru di tiga buah daerah terlibat.

Katanya, antara daerah terlibat ialah Beaufort; Tenom dan Penampang.

Jalan Putus menuju ke SK Kuala Tomani

“Bagi daerah Beaufort, sebanyak tiga buah sekolah terjejas banjir ditutup antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Paul; Sekolah Kebangsaan (SK) Lago dan SK Bukau.

“Di daerah Tenom pula, sebanyak empat buah sekolah ditutup selepas terjejas banjir antaranya SK Gumisi; Sk Ladong Sapong; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Syn dan SK Inubai,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Antara sekolah terjejas di SK Ladong Sapong Tenom

Mistirine berkata, bagi daerah Penampang pula, hanya sebuah sekolah terlibat iaitu SK Tombovo yang dilanda banjir kilat.

“Walaubagaimanapun, sekolah ini kini dalam proses pembersihan,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *