HomeUtama36 Kampung di Beaufort dinaiki air

36 Kampung di Beaufort dinaiki air

Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU : Hujan berterusan di kawasan hulu khususnya di daerah pedalaman sejak beberapa hari lalu mengakibatkan sebanyak 36 buah kampung di daerah Beaufort dilanda banjir pada hari ini.

Menurut laporan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah,  banjir di daerah itu berlaku berikutan limpahan air Sungai Padas yang telah melepasi paras bahaya.

Antara kampung terlibat Kampung Batu 58; Batu 60; Batu 65; Jempangah; Binunuk; Balibata; Kuarters SESB Beaufort; Kuarters Kereta Api; Melati dan Lumatai.

Selain itu, turut terjejas, Kampung Kitalabak Lumatai; Simpang empat Chan Furniture; Bakalau; Bingkul; Luagan Sanginan; Laboi; Melalugus; Mempagar; Limbawang dan Lajau.

Beberapa buah kampung lain turut terjejas adalah Kampung Lubak; Batandok Lubak; Poring Lupak; Lupak; Tuhu; Lupak Seberang; Sungkadan; Beringin; Lago; Suasa; Kukup; Jabang; Pintas; Mapait; Labi dan Gadong.

APM dalam kenyataan berkata, Sungai Padas berada pada paras 8.95 meter yang direkodkan sehingga jam 10 pagi tadi berbanding paras bahaya 8.7 meter dari aras laut.

Beberapa jalan utama turut terjejas akibat banjir di daerah Beaufort antaranya Jalan Kampung Binunuk; Jalan Kampung Balibata; Jalan Simpang empat Chan Furniture; Jalan Kampung Laboi-Luagan Sanginan; Jalan Kampung Bingkul – Kolej Komuniti; Jalan Kampung Suasa; Jalan Kampung Lago dan Jalan Kampung Pintas.

Tiga buah sekolah turut ditutup akibat banjir antaranya Sekolah Agama Negeri (SAN) Suasa; Sekolah Kebangsaan Lago0 dan Sekolah Kebangsaan Suasa.

Sehingga kini, belum ada sebarang pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa terlibat dibuka.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya