HomeIsu tempatanATB 2 Gagalkan Empat PATI Menyusup Masuk Ke Sabah Secara Haram

ATB 2 Gagalkan Empat PATI Menyusup Masuk Ke Sabah Secara Haram

Read Time:1 Minute, 25 Second

TAWAU: Empat individu pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ditahan Tim Quick Reaction Force (QRF) dibawah pemerintahan Komander Angkatan Tugas Bersama 2 (KATB 2) selepas cubaan menyusup masuk ke Sabah secara haram.

Menurut Jurucakap ATB 2 Tawau, keempat-empat suspek ditahan melalui rondaan Op BENTENG BERSAMA yang dilaksanakan oleh
Tim QRF sekitar jam 6.35 petang, semalam.

Katanya, Tim QRF telah terserempak dengan empat individu yang mencurigakan bergerak secara berkumpulan bersama barangan persendirian di pinggir ladang kelapa sawit Jalan Apas, Membalua Tawau.

“Hasil pemeriksaan awal terhadap kesemua suspek mendapati keempat-empat individu tersebut merupakan lelaki dewasa warganegara Indonesia berusia dari 19 hingga 23 tahun serta tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan telah memasuki Malaysia tanpa kebenaran yang sah melalui perairan Tawau. Kesemua PATI tersebut ditemui bersama barangan persendirian yang dibawa dari Pulau Sebatik, Indonesia,” kata kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Kesemua PATI beserta barangan persendirian telah diserahkan kepada Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan dan tindakan lanjut Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63 jika sabit kesalahan iaitu tinggal dan berada di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah.

Komander ATB 2, Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad menzahirkan ucapan tahniah kepada semua anggota bertugas di POWB ATB 2, Tim QRF dan PDRM atas kejayaan tersebut.

“Kerjasama erat di antara perkhidmatan ATM dan PDRM membuktikan fungsi dan peranan pasukan keselamatan dalam menjamin keselamatan dan kemakmuran Perairan Pantai Timur Sabah sentiasa berada ditahap yang terbaik.

“Melalui pelaksanaan Op PASIR dan Op BENTENG BERSAMA di bawah naungan ATB 2 secara berterusan, beliau menjamin pelaksanaan operasi secara efektif dengan misi yang terfokus dalam menjaga kedaulatan Perairan Pantai Timur Sabah sentiasa diperkasakan dengan kukuhnya,’ katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Dua pensyarah UMS terima pengiktirafan sebagai Felo IKM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular