CYBERJAYA – – Reman pemandu kedua sebuah bas ekspres yang didakwa mencabul seorang penumpang wanita sedang tidur dalam perjalanan dari Kelantan ke Melaka Ahad lalu, disambung sehari lagi sehingga esok.
Memetik laporan Harian Metro , Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda membenarkan reman lelaki berusia 27 tahun itu disambung bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Suspek sebelum ini direman empat hari mulai 9 Mei lalu, tetapi polis memohon lanjutan reman itu bagi melengkapkan kertas siasatan selepas tempoh reman berakhir hari ini.
Dalam kejadian itu, penumpang wanita berusia 21 tahun mendakwa diraba pemandu kedua bas ekspres semasa kenderaan itu berhenti rehat di Ajil, Hulu Terengganu kira-kira 4 pagi Ahad lalu.
Berdasarkan maklumat itu, polis terus menahan suspek yang berasal dari Kota Tinggi, Johor itu sebaik sahaja bas tiba di Terminal Melaka Sentral kira-kira 10.30 pagi semalam.