Bomba tenangkan pelajar mengamuk 

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:43 Second

Penampang: Seorang pelajar tingkatan lima terpaksa ditenangkan selepas mengamuk ketika belajar di sebuah sekolah di daerah ini, hari ini.

Menurut laporan Harian Metro, di dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, remaja berusia 17 tahun yang dipercayai mengalami gangguan emosi berjaya dikawal selepas dipujuk pasukan bomba.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.35 pagi.

Katanya, sepasukan lapan anggota dan pegawai bersama jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian.

“Pelajar lelaki terbabit mengamuk di tingkat tiga bangunan sekolah dan pasukan bomba yang hadir berjaya memujuk mangsa.

“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Mesra Bukit Padang bagi mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pasukan operasi terus menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi bahaya lain.

“Operasi ditamatkan pada jam 8.51 pagi,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *