HomeSukanSaddil penyelamat, bantu Sabah FC layak ke suku akhir Piala FA

Saddil penyelamat, bantu Sabah FC layak ke suku akhir Piala FA

Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU : Penyerang import dari Indonesia, Saddil Ramdani menjadi penyelamat kepada pasukan Sabah FC untuk mara ke suku akhir saingan Piala FA selepas menewaskan Kelantan United FC dengan jaringan 2-1 di Stadium Likas malam ini.

Gol kemenangan hasil rembatan Saddil itu terhasil pada minit ke-111 selepas pengadil perlawanan melanjutkan permainan ke masa tambahan selama 30 minit apabila perlawanan sebenar berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Tuan rumah bermula baik apabila berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke-41 menerusi rembatan pemain import dari Jepun Taiki Kagayama yang pantas mengambil peluang merampas bola yang terlepas daripada dakapan penjaga gol Kelantan, Mohd Fikri Che Soh.

Mohd Fikri sebelum itu berjaya mengagalkan percubaan pemain tuan rumah, Stuart John Wilkin, namun pasukan pelawat kurang bernasib baik apabila bola yang terlepas daripada dakapan Mohd Fikri berjaya dirampas Taiki.

Tamat masa rehat, pasukan pelawat terus mencuri peluang untuk menyamakan kedudukan selain bermain lebih agresif dan akhirnya berjaya mencipta gol penyamaan pada minit ke-67 melalui pemain importnya, Njoku Jacob.

Kedudukan 1-1 itu kekal hingga tamat perlawanan sebenar sekali gus memaksa permainan dilanjutkan ke masa tambahan.

Hasrat Kelantan untuk mencuba nasib mencipta kejutan menundukkan Sabah di Stadium Likas tidak kesampaian apabila Saddil tampil menambah gol kedua untuk Sabah pada minit ke-111 sekali gus mengecewakan Kelantan United yang begitu agresif mahu menggagalkan misi pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu.

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Ram Singh dilantik sebagai Presiden Persatuan Memanah Negeri Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular