HomeUtamaTiga rakan didakwa membunuh

Tiga rakan didakwa membunuh

Read Time:53 Second

KUALA LUMPUR: Tiga rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di sebuah hotel di Bukit Bintang, pada minggu lepas.

T. Muniswaran, 49; S. Katharavello, 52; dan Mohd Zulbihar Ali Khan Kamaldin, 48, didakwa bersama-sama membunuh S. Prabah, 49, di sebuah bilik di Hotel Capitol, Jalan Bulan, Off Jalan Bukit Bintang di sini, pukul 6.05 petang hingga 6.40 petang pada 3 Mei lepas.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Ketiga-tiga mereka mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wong Chai Sia dan tiada pengakuan direkodkan daripada mereka kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah menetapkan 13 Julai ini untuk sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Phulrani Kaur, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Media sebelum ini melaporkan mangsa ditemukan maut dengan kesan tembakan di dahi dalam kejadian di sebuah bilik hotel di Bukit Bintang sejam selepas dia mendaftar masuk.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya