Kerajaan hargai peranan nelayan dalam memastikan kelangsungan rantaian bekalan makanan negara – Ronald Kiandee

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 58 Second

Beluran —  Kerajaan melalui MAFI sentiasa memberi perhatian terhadap peranan penting yang dimainkan oleh nelayan dalam memastikan kelangsungan dan kelancaran rantaian bekalan makanan. 

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata Jabatan dan Agensi Persekutuan dan Negeri di bawah MAFI terus prihatin pada rakyat melalui pelaksanaan pelbagai program yang memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat termasuk nelayan. 

Beliau yang turut mengumumkan pemberian peruntukan di bawah program bantuan touch point Enjin Sangkut kepada 50 ahli PNK Beluran itu di mana bantuan ini akan disampaikan kepada 4 orang penerima Pulau Jambongan dengan peruntukan 10 ribu ringgit kepada setiap penerima. 

Tambah beliau lagi di kawasan luar bandar, semua pemimpin dan wakil rakyat mesti bekerjasama supaya kita mendapat kebaikan-kebaikan melalui program-program yang disalurkan oleh Kerajaan melalui Jabatan dan Agensi,”  

Beliau yang berucap dalam majlis Penyerahan Elaun Sara Hidup Nelayan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Nelayan Pulau Jambongan di Dewan Bahanan, Pulau Jambongan, Beluran itu berkata Program dan insiatif yang dilaksanakan oleh MAFI melalui LKIM diharap dapat terus dilaksanakan dengan baik dan berkesan bagi memastikan hasil perikanan sentiasa mencukupi dan sekuriti makanan negara sentiasa terjamin. 

Beliau yang turut mengumumkan pembinaan dua buah kilang mini ais di kawasan itu diharapkan dapat membantu nelayan di situ mendapatkan bekalan ais. 

“Seperti yang saya umumkan sebelum ini, kita akan buat dua mini kilang ais di Paitan dan Beluran untuk kemudahan bagi nelayan-nelayan mendapatkan bekalan ais,” 

Kemudahan ini juga akan memberi perkhidmatan penyimpanan hasil tangkapan perikanan dan pemasaran ikan. 

“Saya sedang berbincang dengan agensi lain di MAFI untuk membangunkan ekonomi luar bandar secara berterusan melalui program-program seperti ini,” katanya.

Menurut beliau lagi  LKIM akan terus memainkan peranan sebagai agensi Kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi nelayan dan memajukan perusahaan perikanan negara serta memastikan bekalan ikan negara mencukupi sepanjang masa. 

Turut hadir dalam majlis ini, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Labuk, YB Tuan Samad bin Jambri, Setiausaha Bahagian Sekuriti Makanan, MAFI, Encik Mazlan bin Othman, Ketua Pengarah LKIM, Tuan Yusuf bin Othman, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) LKIM, Hajah Khaironnesak binti Omar, Pengarah LKIM Sabah, Encik Mohd Jamil bin Abdullah, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah PNK Beluran, Encik Rahman bin Uting, Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) Tuan Haji Abdul Hamid bin Bahari dan Wakil Ketua Anak Negeri Pulau Jambongan, Tuan Haji Syarif Zakaria bin Syarif Atar. 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *