HomeUtamaPercepat pembinaan Briged Batalion PGA 16 di Beluran - Ronald

Percepat pembinaan Briged Batalion PGA 16 di Beluran – Ronald

Read Time:1 Minute, 3 Second

BELURAN: Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berharap Kerajaan Persekutuan dapat mempercepatkan pembinaan Briged Batalion PGA 16 di Beluran.

Katanya, ianya adalah bagi memastikan tahap keselamatan penduduk khususnya di daerah ini dan di sekitarnya berada dalam keadaan damai dan aman.

“Pembinaan markas ini merupakan satu perancangan di peringkat KDN (Kementerian Dalam Negeri) sejak sekian lama dan tentu sekali sebagai wakil rakyat di kawasan ini kita mengalu-alukan pembinaan ini.

“Dengan pengwujudan satu markas yang lebih teratur, sudah pasti ianya akan dapat mengawal aspek keselamatan di pantai timur khususnya di Beluran serta kawasan di sekitarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Beluran di sini semalam.

Majlis itu disempurnakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Ronald yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata, pihaknya difahamkan cadangan itu telah melalui beberapa fasa termasuk fasa pembinaan yang akan dapat dilaksanakan secepat mungkin.

“Beluran terdedah kepada perairan laut Sulu selain ancaman keselamatan yang perlu dilindungi.

“Dengan adanya dan wujudnya satu batalion anggota keselamatn akan dapat memastikan keselamatan rakyat dapat dijaga dikawasan ini dan dijamin sebaiknya,” katanya.

Dalam pada itu, Hamzah berkata, semua pembangunan yang dijanjikan akan dilihat dari segi sumber manusia yang ada.

“Jika semua sudah mencukupi, InsyaAllah kita akan jalankan secepat mungkin,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pesta Kaamatan medium satukan kepelbagaian etnik, budaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular