HomeUtamaPemandu ‘gatal’ cabul penumpang ditahan 

Pemandu ‘gatal’ cabul penumpang ditahan 

Read Time:59 Second

CYBERJAYA : Polis menahan seorang pemandu e-panggilan kerana disyaki mencabul kehormatan seorang wanita yang juga penumpangnya dalam kejadian di Johor Bahru, kelmarin.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Raub Selamat, berkata suspek berusia 33 tahun ditahan di kediamannya di Ulu Tiram, Johor, malam tadi.

Katanya, kejadian berlaku ketika mangsa berusia 23 tahun baru pulang dari tempat kerja di sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru dengan menempah perkhidmatan e-panggilan untuk pulang ke rumah di Permas Jaya.

“Ketika dalam perjalanan, suspek beberapa kali meminta mangsa duduk di tempat duduk hadapan. Namun mangsa menolak kerana bimbang keselamatan dirinya.

“Semasa kenderaan yang dipandu suspek berada di Jalan Bakar Batu berhampiran persimpangan South Key, mangsa terpaksa menuruti kehendak suspek dengan berpindah ke tempat duduk penumpang hadapan.

“Suspek bertindak mencabul mangsa beberapa kali, sebelum mangsa berjaya menolak suspek dan melepaskan diri dengan keluar dari kenderaan itu,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Raub berkata, susulan itu mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian.

Katanya, polis turut merampas telefon, Perodua Alza berwarna putih dan kunci yang digunakan suspek semasa kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. Polis menasihatkan orang ramai terutama penumpang wanita agar sentiasa berwaspada semasa menggunakan perkhidmatan e-panggilan ketika bersendirian,” katanya.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Memahami Bidang Kuasa TYT Sabah & Mengapa Tun Musa Aman Dilantik?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular