HomeUtama Amuk, libas parang pada ibu, lelaki ditahan

 Amuk, libas parang pada ibu, lelaki ditahan

Read Time:48 Second

MIRI -— Seorang Lelaki ditahan selepas mengamuk dan melibaskan sebilah parang kepada ibunya di Rumah Panjang Sungai Tiris Sibuti,Miri , Selasa lalu.

Lelaki berusia 25 tahun itu ditahan di tepi jalan berhampiran pekan berkenaan pada 12.15 tengah hari sejurus menerima laporan berhubung kes amang dengan menggunakan senjata tajam itu.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, terdahulu, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian amuk itu dan menggerakkan sepasukan polis untuk mencari serta menahan suspek.

Mangsa dikatakan mengamuk pada pagi hari kejadian di Rumah Panjang Sungai Tiris Sibuti serta melibas sebilah parang ke arah ibunya.

“Nasib baik ibunya berjaya melarikan diri dan tidak dicederakan anak lelakinya itu,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, polis turut merampas sebilah parang yang digunakan mangsa ketika melakukan ugutan untuk mencederakan ibunya itu.

Alexson berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan serta ancaman kepada ibu kandungnya sendiri.

“Kes masih disiasat dan lelaki itu masih ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

QSB kukuh kolaborasi dalam pengurusan kesihatan pekerja asing

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya