HomeIsu tempatanJambatan pejalan kaki yang baharu akan dibina di Taman Tun Fuad Stephens...

Jambatan pejalan kaki yang baharu akan dibina di Taman Tun Fuad Stephens Bukit Padang – Mayor KK

Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) merujuk kepada gambar kemudahan rekreasi yang ditularkan melalui aduan pengunjung Taman Tun Fuad Stephens Bukit Padang Kota Kinabalu berkaitan jambatan pejalan kaki yang telah usang di media sosial baru-baru ini.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip berkata, susulan perkara itu, akses ke jambatan berkenaan telah ditutup kepada awam dan bakal digantikan dengan jambatan baharu setelah didapati struktur jambatan tersebut telah usang dan tidak selamat untuk digunakan.

“Kerja menaiktaraf jambatan ini akan dilaksanakan sebagai salah satu komponen Projek Pembangunan Taman Botani Sabah melalui peruntukan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan dan akan dimulakan pada bulan Julai tahun ini dan dijangka siap dalam masa dua tahun.

“Ini termasuklah menaiktaraf kemudahan lain seperti pembinaan plaza, trek pejalan kaki, platform atas air, tandas awam, pusat botani dan lain-lain kemudahan di sekitar kawasan tasik Taman Tun Fuad Stephens Bukit Padang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Noorliza, DBKK juga akan meningkatkan tahap keselamatan dengan memasang dinding adang sementara di kawasan yang ditutup kepada orang awam.

“Sementara itu, DBKK akan terus menjalankan kerja-kerja pembaikan bagi kerosakan-kerosakan lain mengikut keutamaan dengan mengambil kira risiko keselamatan kepada pengguna taman dan keupayaan peruntukan sedia ada.

“Dalam pada itu, para pengunjung dinasihatkan agar sentiasa berhemah dan berhati-hati apabila menggunakan kemudahan awam di Taman Tun Fuad Stephens Bukit Padang serta mengambil perhatiankepada notis-notis disediakan oleh DBKK.Segala kesulitan disebabkan oleh perkara ini adalah amat dikesali,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS, Yun Fook Resources laksana penyelidikan nutrisi murid sekolah di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular