Keunikan budaya, adat resam berbilang kaum aset penting masyarakat Sabah

Read Time:57 Second

TENOM : Keunikan budaya dan adat resam rakyat berbilang kaum di negeri ini merupakan aset paling penting bagi masyarakat di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, rakyat juga perlu terus memupuk rasa cinta dan sayang kepada alam semulajadi serta menjaga khazanah yang unik dan indah.

Katanya, keindahan alam semulajadi yang ada di negeri ini juga turut bertaraf ‘World Class’ dan ‘World Heritage’.

“Sehubungan dengan itu, marilah kita bersama-sama memelihara alam semulajadi dan memantapkan lagi perpaduan serta keharmonian dalam  kepelbagaian budaya sesuai dengan tema Pesta Kaamatan pada tahun ini ‘Kaamatan Menjiwai Alam Semulajadi’,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Perayaan Pesta Kaamatan peringkat daerah Tenom/Kemabong di sini semalam.

Teks ucapan Hajiji dibacakan Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Alfred Angin.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap yang juga Pengerusi Pelaksana Datuk Peter Anthony; ADUN Kemabong Datuk Rubin Balang dan Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Abdul Kassim Razali.

Hajiji berharap agar perayaan Pesta Kaamatan tahun ini akan terus memberi inspirasi dan kekuatan kepada semua bagi memperkasakan semangat perpaduan serta memastikan kestabilan, keamanan dan kemakmuran rakyat khususnya di Sabah terus terpelihara.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.