HomeIsu tempatanBeri peluang belia terlibat anjur program - Mazlan

Beri peluang belia terlibat anjur program – Mazlan

Read Time:1 Minute, 30 Second

BEAUFORT: Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pedalaman Bawah (GABUNGAN) menyarankan pemimpin di setiap kawasan agar memberi peluang golongan belia terlibat dalam program yang dianjurkan di kawasan masing-masing.

Pengerusi GABUNGAN, Mazlan Joehari Manan berkata, peranan golongan belia amat penting sebagai aset dalam pembangunan fizikal dan insan di negeri ini.

“Belia di negeri ini menyambut baik dan menyokong penuh atas pemilihan Sabah sebagai tuan rumah Hari Belia Negara 2022 oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Belia GABUNGAN juga turut menyertai program ini.

“Sudah pasti impak yang positif kita harapkan kepada golongan belia hasil daripada penganjuran hari belia ini nanti. Sehubungan itu, kami memohon kepada Kementerian Belia dan Sukan Sabah agar penganjuran hari belia ini terus di hak upayakan kepada golongan belia Melalui Majlis Belia Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Santai Aidilfitri Belia, di sini, semalam.

Menurut Mazlan, menerusi penganjuran hari belia oleh golongan belia ia amat penting sebagai platform pendedahan golongan belia kepada penganjuran program yang besar dan tahap tinggi.

“Majlis Belia Sabah telah membuktikan sejak dari mula lagi penganjuran Hari Belia Negeri Sabah yang dilaksanakan dengan jayanya.

“Sehubungan, itu kami memohon agar orang muda terus diberikan peranan penting dalam pentadbiran kerajaan dan agensinya serta penganjuran program di kawasan pemimpin masing-masing.

“Berilah peranan kepada belia-belia ini agar mereka terus rasa dihargai dan percayalah keterlibatan anak muda dalam apa sahaja perancangan pemimpin akan memberi impak yang positif,” ujarnya.

Tambahnya lagi, golongan muda sering dipadankan dengan stigma kurang atau tiada pengalaman namun hakikatnya pengalaman itu tidak akan datang kalau ruang dan peluang tidak diberikan kepada mereka.

“Era revolusi IR4.0 sekarang yang dimonopoli oleh golongan muda, golongan mudalah yang lebih memahami dan mengerti akan era dan perubahan zaman teknologi ini.

“Nilai dan makna pembangunan negara ini harus dirasai oleh semua golongan masyarakat terutamanya golongan muda,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Teknologi membran selesai masalah pelbagai sektor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular