HomeUtamaKerajaan Sabah komited pastikan tahap pendidikan sentiasa terjaga

Kerajaan Sabah komited pastikan tahap pendidikan sentiasa terjaga

Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah sentiasa komited untuk memberi kerjasama kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan tahap pendidikan di negeri ini sentiasa terpelihara dan terjaga.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia termasuklah akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi mempercepatkan lagi pelaksanaan projek-projek pembangunan khususnya sekolah-sekolah daif.

“InsyaAllah kerana inilah yang selalu kita sampaikan kepada Kerajaan Persekutuan, bukan sahaja sekolah-sekolah daif di Sabah perlu dipercepatkan pembinaannya malah jabatan pelaksana juga harus dibuat oleh JKR (Jabatan Kerja Raya) negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Hari Guru Peringkat Negeri Sabah kali ke-51 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin; Menteri Tugas-Tugas Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Arif dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Tah Nia Jaman.

Dalam pada itu, Hajiji turut merakamkan penghargaan kepada semua pendidik khususnya di negeri ini yang banyak menabur bakti dalam bidang pendidikan.

“Saya merakamkan penghargaan kepada semua jasa bakti guru yang selama ini mendidik anak-anak kita di sekolah dimana sahaja mereka berada di seluruh pelusuk negeri.

“Bagi pihak Kerajaan negeri, saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang bergelar guru,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya