HomeIsu tempatanKarnival ‘Jom Masuk IPT’ Zon Sabah 4 dan 5 Jun depan

Karnival ‘Jom Masuk IPT’ Zon Sabah 4 dan 5 Jun depan

Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU: Acara tahunan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) Karnival ‘Jom Masuk IPT’ Zon Sabah akan diadakan pada 4 dan 5 Jun depan.

Karnival itu diadakan khusus bagi para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM); Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM); Matrikulasi, Diploma dan setaraf di negeri ini.

Karnival itu akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

Antara objektif utama program ini ialah sebagai Pusat Sehenti kepada orang ramai khususnya para pelajar untuk mendapatkan maklumat terperinci berkaitan program pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Awam (UA), Kolej Komuniti, Politeknik dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Karnival itu juga memberi peluang kepada pengunjung untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai peluang pendidikan tinggi, akreditasi, tajaan serta pembiayaan pengajian.

Selain itu, ia juga memberi khidmat nasihat berkenaan pemilihan program pengajian yang bersesuaian kepada para pelajar oleh wakil IPT yang turut serta dalam karnival ini.

Para pelajar adalah digalakkan untuk membawa keputusan peperiksaan yang terkini semasa hadir ke karnival ini.

Permohonan kemasukan ke IPT bagi sesi 2022/2023 melalui UPUOnline akan dibuka semula mulai 1 sehingga 28 Jun 2022 untuk lepasan STPM/Setaraf.

Sehubungan itu, orang ramai khususnya para pelajar lepasan SPM, STPM, STAM, Matrikulasi, Diploma dan setaraf serta ibu bapa dijemput hadir bagi menjayakan lagi program dua hari ini.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular