HomeUtamaHajiji lulus peruntukan khas RM3.5 juta untuk KDCA

Hajiji lulus peruntukan khas RM3.5 juta untuk KDCA

Read Time:1 Minute, 20 Second

PENAMPANG : Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor meluluskan peruntukan khas sebanyak RM3.5 juta bagi tujuan pembesaran Dewan Hongkod Koisaan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA).

Katanya, peruntukan khas itu turut meliputi kerja-kerja pembinaan gerai makanan dan beberapa kerja-kerja yang berkaitan.

“Saya tidak boleh tinggalkan dewan ini kalau saya tidak restu permintaan, oleh itu saya mengumumkan bahawa permintaan untuk membina tambahan dan juga ruang menunggu yang diutarakan sebentar tadi dan juga termasuk pembinaan gerai makanan adalah diperuntukan sebanyak RM3.5 juta dimana Kerajaan Negeri luluskan.

“Bagi saya kebudayaan suku bangsa kita perlu diutamakan kerana itu permintaan seumpama ini, keperluan seumpama ini perlu kita beri keutamaan kerana itu sukacita memaklumkan bahawa Kerajaan negeri meluluskan permintaan Datuk Seri Dr Clarence Bongkos Malakun (Timbalan Presiden KDCA),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pembukaan Sambutan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat negeri Sabah 2022 di Dewan Hongkod Koisaan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA) di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Dr Joachim Gunsalam; Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

Hajiji berkata, pihaknya berharap agar Pesta Kaamatan ini akan dapat memberi rahmat dan juga kebaikan kepada semua khususnya kepada masyarakat Kadazan Dusun Murut Rungus (KDMR) dan seluruh masyarakat di Sabah.

“Saya berharap sambutan selama satu bulan ini akan dapat mempertahankan seterusnya meneruskan budaya yang begitu tinggi nilainya untuk generasi kita akan datang.

“Selain itu, saya juga berharap sambutan ini akan dapat meneruskan budaya yang begitu tinggi nilainya untuk generasi akan datang,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

UMS utamakan kebajikan pelajar, sedia bantu Crisnanalina daftar pengajian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular