HomeUtamaPerlumbaan Perahu Naga Antarabangsa Sabah akan kembali pada Julai ini

Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa Sabah akan kembali pada Julai ini

Read Time:34 Second

KOTA KINABALU: Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa Sabah akan diadakan semula pada bulan Julai ini selepas dua tahun tertangguh berikutan pandemik Covid-19 melanda seluruh negara.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor telah dijemput untuk merasmikan Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa FCAS Sabah Ke-7 2022, merupakan salah satu acara kalendar Pelancongan Sabah.

Persekutuan Persatuan Cina Sabah (FCAS) yang diketuai oleh Presiden Tan Sri T C Goh dan pengerusi penganjur Datuk Susan Wong bertemu dengan Ketua Menteri di pejabatnya di Menara Kinabalu dekat sini pada Rabu untuk menyerahkan jemputan.

Goh turut memberi taklimat kepada Hajiji mengenai persiapan dan acara tersebut dijadualkan berlangsung selama dua hari di Teluk Likas dari 2 hingga 3 Julai ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular