HomeUtamaIdentiti wanita dibunuh, dibakar dikenal pasti 

Identiti wanita dibunuh, dibakar dikenal pasti 

Read Time:1 Minute, 29 Second

CYBERJAYA — Seketul batu konkrit dengan kesan darah dijumpai berhampiran mayat wanita yang ditemukan sudah terbakar dipercayai dibunuh di kawasan tepi sungai di Kampung Talang Hulu, dekat Simpang Lawin, di sini, petang semalam.

Memetik laporan portal Berita Harian Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata berikutan penemuan batu itu, pihaknya percaya ia digunakan bagi mencederakan kepala mangsa memandangkan mayat wanita itu didapati ada kesan luka pada bahagian kanan atas kepala.

Beliau berkata, polis percaya mangsa dibunuh dan dibakar dalam tempoh tidak lebih daripada 24 jam sebelum mayatnya dijumpai iaitu pada pada jam 3.05 petang semalam

Katanya, polis turut menerima laporan di Balai Polis Kuala Kangsar mengenai kehilangan individu wanita jam 2.45 petang tadi selepas dikatakan tidak pulang ke rumah.

“Penelitian awal mendapati laporan mengenai kehilangan individu terbabit yang dibuat oleh adik lelakinya yang berusia 19 tahun, dipercayai berkaitan dengan penemuan mayat terbakar berdasarkan beberapa barangan dipakai oleh mangsa.

“Ada beberapa pengecaman yang kita rasa berkaitan seperti dari kasut yang dijumpai, serta seluar yang dipakai oleh mangsa, yang mana hampir 70 peratus sepadan dengan laporan kehilangan terbabit,” katanya

Mior Faridalathrash berkata, adik lelakinya itu juga sudah membuat pengecaman berdasarkan kasut, selipar, subang hidung, serta penyepit rambut pada mayat yang mana kesemua itu sepadan dengan milik kakaknya yang dilaporkan hilang.

Beliau berkata, susulan itu identiti mangsa bunuh berkenaan kini dikenal pasti sebagai seorang wanita berusia 21 tahun.

Bagaimanapun, katanya, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) tetap akan dilakukan oleh Pakar Forensik, selain menunggu hasil laporan bedah siasat yang akan dijalankan di Hospital Kuala Kangsar, esok.

Katanya, selain pemeriksaan melalui rekod pergigian, profiling DNA diambil melalui sample darah bapa mangsa bagi tujuan pengesahan identiti.

“Kita juga akan membuat pemadanan gigi mangsa dengan rekod pergigian kerana mangsa dikatakan ada membuat pemeriksaan (pergigian) di klinik pergigian di Kuala Kangsar,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Draf Kertas Kabinet Mengenai Pengasingan Kuasa AG Dijangka Siap Pertengahan Tahun...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular