HomePolitikMoU Kerajaan, PH tiada tarikh tamat - Annuar Musa

MoU Kerajaan, PH tiada tarikh tamat – Annuar Musa

Read Time:2 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU : Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik di antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) tidak mempunyai tarikh tamat.

Ahli Jawatankuasa Rundingan dan Pelaksana MoU Tan Sri Annuar Musa berkata, MoU berkenaan adalah persetujuan antara Kerajaan dan PH untuk tidak mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebelum akhir bulan Julai.

“MoU ini tidak ada tarikh tamat, ramai orang salah faham mengenai MoU ini.  Cuma yang ada tarikh adalah Pilihan Raya (Umum) dipersetujui untuk tidak diadakan sebelum akhir bulan Julai nanti.

“Tetapi MoU diantara ahli-ahli Parlimen termasuk pembangkang dengan Kerajaan khususnya Perdana Menteri tidak ada tarikh tamat dan ia adalah satu MoU untuk memberi sokongan kepada Perdana Menteri sehinggalah Parlimen dibubarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital, Industri Kreatif dan Komunikasi (MEDIKK) di sini semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri  Datuk Dr Joachim Gunsalam; Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Seri Mohammad Mentek.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia berkata, fakta itu perlu difahami dan satu persefahaman Parlimen tidak akan dibubarkan sebelum 31 Julai manakala sokongan kepada Perdana Menteru berterusan oleh parti Kerajaan dan Pembangkang sehingga Parlimen dibubarkan.

“Jadi bila Parlimen dibubarkan terpulang kepada Perdana Menteri dan juga pimpinan politik untuk menentukan,” katanya.

Terdahulu, Kerajaan Persekutuan dan PH telah memeterai MoU bagi membentuk kerjasama dwipartisan pada 13 September 2021.

MoU berkenaan adalah melibatkan pemerkasaan Pelan COVID-19, pembaharuan transformasi Parlimen, kebebasan pentadbiran, institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) selain pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, beliau bersetuju agar PRU-15 diadakan tidak terlalu lewat atau awal sehingga memberi kelebihan kepada pihak-pihak yang bersaing dengan Barisan Nasional (BN)

“Saya bersetuju bahawa PRU-15 tidak harus terlalu lewat, kita jangan terlalu memberi kelebihan kepada pihak-pihak yang bersaing dengan kita (BN), pada masa sama tidak boleh terlalu awal.

“Sebab itu saya berpendapat dengan Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang mana ianya (PRU-15) perlu disegerakan, tidak perlu dilewatkan sebaik sahaja kita bersedia.  Sebut sedia itu pucuk pimpinan yang tentukan,” katanya.

Katanya, siap siaga itu merangkumi pelbagai sudut khusunya daripada organisasi, pengolahan data, pendanaan dan dari sudut masyarakat dan rakyat itu sendiri.

“Kalau kita buat dalam keadaan rakyat tengah susah, kita pula mendahulukan PRU, rakyat pula tidak akan rasa senang hati.

“Ini semua mesti dinilai secara terperinci dan pada saya kita serahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri bersama top five pimpinan parti dan pemimpin BN,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

MUIS serah sumbangan kepada 16 KIR terjejas kebakaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular