HomeIsu tempatan30 Kanak-Kanak Tadika Terima Akaun SSPN Prime 2022

30 Kanak-Kanak Tadika Terima Akaun SSPN Prime 2022

Read Time:2 Minute, 10 Second

RANAU: Seramai 30 orang kanak-kanak Tadika di daerah ini menerima Akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Prime 2022 di Dewan Arena Belia, Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) di sini pada Sabtu.

Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri, Datuk Jonathan Yasin berkata , usaha Perbadanan  Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mentranformasikan  minda diawal usia muda kanak-kanak masyarakat Malaysia  agar  membuat penabungan demi masa depan merupakan suatu  yang amat murni.

Jonathan menyampaikan Replika Cek bernilai RM45 ribu kepada Rosnati, sumbangan kepada 450 pelajar asnaf Negeri Sabah.

Katanya, sebagai tabung pendidikan utama negara  PTPTN  telah berdiri megah sebagai ‘Super Hero’ berperanan  untuk menyemai  amalan penabungan kepada ibu bapa di negara ini.

Jonathan menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Program  Didik Simpan ‘Skim Simpanan Pendidikan   Nasional’ (SSPN) 2022 Peringkat Parlimen Negeri Sabah di sini, hari ini.

Menurut Jonathan, kerajaan  Negeri Sabah sentiasa mengambil berat dan proaktif untuk membantu rakyat menaik taraf hidup serta memikirkan bahawa peranan ibu bapa sangat penting memastikan  pada masa depan anak-anak dapat mengubah kehidupan keluarga menerusi perancangan  kewangan  dan pendidikan  yang komprehensif.

Beliau menjelaskan, program Didik Simpan  SSPN, melibatkan  sumbangan Zakat kepada 6,400 orang pelajar asnaf di 128 kawasan terpilih di beberapa buah negeri dengan sumbangan dalam bentuk  Akaun  Simpan SSPN Prime melibatkan  peruntukan keseluruhan berjumlah RM640,000.

“Bagi Negeri Sabah,  Program Didik Simpan  SSPN  melibatkan 25 kawasan  dengan jumlah  sumbangan sebanyak RM125 ribu dengan 50 orang pelajar  asnaf di setiap kawasan  yang bakal menerima  sumbangan  akaun Simpan SSPN Prime bernilai RM100 seorang dengan peruntukan  berjumlah RM5 ribu bagi setiap kawasan.

“Program ini diadakan  dengan kerjasama Jabatan  Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Sabah dimana pagi ini berjumlah RM45 ribu akan disampaikan  bagi kawasan Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Tuaran, Sepanggar, Kudat, Kota Marudu, Kota Belud dan Ranau,” katanya.

Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau memaklumkan, kerjasama Kerajaan Negeri dengan PTPTN telah terjalin erat sebelum ini di mana Pelancaran Bantuan  Ihsan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (BISTARI) telah pun terlaksana.

“Pelancaran itu satu inisiatif murni Kerajaan Negeri Sabah dalam memupuk budaya menabung  seawal usia kanak-kanak melibatkan RM5 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan  negeri Sabah  sejak 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022 dan sumbangan diberikan dalam bentuk tabungan  Simpan SSPN Prime dengan jumlah RM100 setiap orang,” tambah Jonathan.

Hadir sama di majlis itu Pengerusi PTPTN, Datuk Wan Saiful Wan Jan, Penolong Pegawai Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS Ranau, Rosnati Abd Rahim.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular