HomeIsu tempatanTiada dokumen pengenalan diri, Kru bot nelayan tempatan ditahan

Tiada dokumen pengenalan diri, Kru bot nelayan tempatan ditahan

Read Time:1 Minute, 6 Second

LABUAN :  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Labuan berjaya menahan seorang warga asing yang bekerja di atas sebuah bot nelayan tempatan tanpa memiliki dokumen pengenalan diri yang sah di perairan Pulau Tiga di sini semalam.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, semasa rondaan pasukan operasi telah mengesan sebuah bot nelayan tempatan sedang melakukan aktiviti menangkap ikan di sekitar perairan Pulau Tiga.

Katanya, pemeriksaan ke atas bot terbabit mendapati bahawa bot nelayan berkenaan dikendalikan oleh 11 orang kru asing warga Filipina yang berumur antara 15 hingga 42 tahun.

“Pemeriksaan dokumentasi mendapati salah seorang daripada kru tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Bot, tekong bersama kesemua kru ditahan bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 dan Peraturan Peraturan Pelabuhan Dermaga 2008 (Kapal Kecil Berlesen Sabah),” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Nudin berkata, komuniti nelayan dinasihatkan supaya mengambil serius berkenaan permit yang sah bagi pekerja yang tinggal di Malaysia.

Katanya, ini kerana, ia adalah satu kesalahan jenayah yang boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun jika sabit kesalahan.

“Komuniti maritim dialu-alukan untuk melaporkan maklumat berkaitan jenayah maritim ke Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-427999 atau melalui talian kecemasan MERS 999,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

KKFVA, STB capai persetujuan jalin kerjasama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular