HomeSukanSukan lasak mampu jadi daya tarikan pelancong ke Sabah

Sukan lasak mampu jadi daya tarikan pelancong ke Sabah

Read Time:2 Minute, 0 Second

TENOM: Penganjuran aktiviti sukan ekstrem di negeri ini mampu menaikkan lagi nama Sabah sebagai sebuah destinasi pelancongan popular di negara ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, ia termasuklah penganjuran kejohanan motorcross yang sering menjadi tumpuan golongan muda khususnya di daerah ini.

“Penganjuran aktiviti sukan lasak seperti motorcross akan dapat menarik minat lebih ramai penggemar sukan itu dari dalam dan luar negara untuk datang ke Sabah khususnya di daerah Tenom.

“Sukan lasak seperti motocross walau agak ekstrem, namun sukan ini turut menjadi pilihan anak muda untuk mengadakan aktiviti riadah disamping menonjolkan bakat mereka dalam sukan ini,” katanya ketika berucap melancarkan  kejohanan Motorcross Dun Race Kelab Motocross Tenom di Litar Melalap di sini baru-baru ini.

Hadir sama Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Arifin; Pembantu Menteri Pembangunan Industri Tamin Zainal, Penaung Kelab Motorcross Tenom Jamawi Jaafar dan bekas Ketua Pergerakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Datuk Mohd Rafi Alli Hassan.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya turut yakin  bahawa daerah Tenom  berpotensi menjadi lokasi utama sukan ekstrem di Sabah sekiranya mendapat sokongan penuh pihak yang berkaitan.

“Saya kagum dengan kesungguhan Kelab Motorcross Tenom-Kemabong yang berusaha mewujudkan litar sementara ini walaupun terpaksa menyewa tapak untuk dijadikan litar sementara seterusnya mencermin kesungguhan serta minat anak-anak muda terhadap sukan lasak ini begitu tinggi.

“Aekiranya litar ini ditambah baik dan dinaiktaraf pasti ianya akan dapat menaikkan lagi nama Tenom sebagai destinasi kejohanan motocross pada skala besar.

“Ini kerana, anak-anak muda sekarang lebih terjerumus kepada aktiviti lumba haram. Justeru, dengan adanya kejohanan seperti ini akan memberi merka peluang  mencuba sukan ekstrem permotoran,” katanya.

Dalam pada itu, Kementerian Pelancongan,Kebudayaan dan Alam Sekitar bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM50,000 bagi meningkatkan fasiliti di litar tersebut khususnya untuk penganjuran  Tenom Open Merdeka Race yang dijadualkan akan diadakan pada bulan Ogos depan,

Sementara itu Penaung Kelab Motocross Tenom Jamawi Jaafar berharap kerajaan akan dapat membantu menyediakan satu litar khusus untuk meningkatkan lagi prestasi litar motocross di negeri ini khusunya di daerah Tenom

Beliau yakin sekiranya dapat disediakan satu litar khusus dan  ditambah baik kemudahan ianya akan dapat menaikkan lagi nama Sabah khususnya daerah Tenom sebagai destinasi kejohanan motocross pada skala besar.

“Platform yang dibina ini sememangnya khas buat anak-anak muda dan peminat motocross untuk merasai keseronokkan melakukan aktiviti sukan ekstrem yang  dapat melahirkan bintang yang dapat mengharumkan nama negara pada satu hari nanti,” katanya.

RELATED ARTICLES
Sukan

Liga Super : Sabah FC tidak mahu terlalu leka

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular