Tragedi ‘Double Six’ genap 46 tahun

Read Time:54 Second

KOTA KINABALU: Tragedi ‘Double Six’ yang mengorbankan beberapa pemimpin negeri Sabah pada 6 Jun 1976 hari ini telah genap 46 tahun berlakunya nahas kapal terbang di Sembulan.

Upacara memperingati tragedi berkenaan diadakan di Tugu Peringatan Double Six Sembulan yang dihadiri oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri selaku Menteri Bertanggungjawab kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Datuk Abidin Madingkir.

Abidin (dua dari kiri) tunduk hormat ketika mendahului upacara meletakkan karangan bunga.

Memulakan upacara, semua hadirin bertafakur selama satu minit sebagai mengenang mereka yang terkorban dalam nahas tersebut.

Ia disusuli dengan upacara meletakkan karangan bunga yang didahului oleh Abidin, diikuti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik, Datuk Yong Teck Lee, dan ahli keluarga mangsa tragedi berkenaan.

Turut memberi penghormatan, wakil Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Linfred Wong, wakil Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Deputi Superitenden Polis (DSP) Lee Nyuk Kim dan Pengurus Besar Magellan Sutera Harbour, Adrian De Rozario.

Tragedi nahas tersebut telah mengorbankan semua penumpang Pesawat Nomad yang berlepas dari Labuan ke Kota Kinabalu termasuklah Ketua Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Muhammad Fuad Stephen.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.