HomeEkonomiBekalan ayam semakin meningkat, permintaan bekalan ayam selepas peralihan pandemik tidak dijangka...

Bekalan ayam semakin meningkat, permintaan bekalan ayam selepas peralihan pandemik tidak dijangka – FLFAM 

Read Time:1 Minute, 24 Second

KUALA LUMPUR — Pengeluaran ayam kini dalam pemulihan dan bekalan semakin meningkat ujar Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak Malaysia (FLFAM).

Menurut persatuan itu, data menunjukkan bahawa pengeluaran telah pun pulih pada tahun 2021 dan meningkat pada tahun 2022. 

“ Analisis berdasarkan Data daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menunjukkan bahawa Sepanjang 15 tahun yang lalu, peratus pertumbuhan pengeluaran ayam pedaging secara purata adalah sekitar 5% setiap tahun. 

Namun ekoran dari pandemik covid-19, terdapat penurunan pengeluaran Ayam pada tahun 2019 dan 2020. 

Menurut persatuan itu lagi, selepas sahaja negara memasuki fasa pemulihan dari  pandemik Covid-19, terdapat pemulihan positif dalam pengeluaran hampir 3% pada tahun 2022 

“ Peningkatan 1.16% dalam pengeluaran dari 2021 hingga 2022 dan Peningkatan 2.98% dalam pengeluaran daripada 2021.

Tambah FLFAM lagi, permintaan terhadap ayam melonjak dengan cepat selepas pemulihan dari pandemik. 

“ Dan Peningkatan pengeluaran mengambil masa kerana ladang perlu memulakan penternakan ayam pedaging daripada anak ayam (day-old chicks).

“ Dan kadar permintaan yang tinggi selepas wabak itu juga adalah tidak dijangka dan Lonjakan permintaan yang tidak seimbang ini menimbulkan kesan kekurangan walaupun pengeluaran meningkat kata persatuan itu di dalam satu kenyataan petang ini.

Tambah persatuan itu lagi, berikutan momentum pemulihan pengeluaran, persatuan itu menjangkakan jurang bekalan- permintaan akhirnya akan pulih dan bekalan sepatutnya akan memenuhi permintaan dalam masa sebulan.

Sementara itu , menurut FLFAM lagi Industri ternakan ayam juga dibebani oleh kekurangan tenaga buruh. 

“ Kos bahan mentah makanan ayam yang diimport juga telah meningkat sekurang-kurangnya 40% dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan harganya tidak turun. 

“ Oleh yang demikian, industri ternakan ayam menghadapi peningkatan kos pengeluaran dan Kami yakin masalah bekalan ayam akan dapat diselesaikan dan mencukupi untuk memenuhi permintaan pasaran katanya. 

RELATED ARTICLES
Utama

Kontraktor diminta tingkat prestasi pembinaan Lebuhraya Pan Borneo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular