MRS Berhad cadang lagu etnik Sabah dimainkan dalam majlis anjuran Kerajaan Negeri

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU : Badan pelesenan muzik yang diiktiraf Kerajaan, Music Rights Sabah (MRS) Berhad mencadangkan agar lagu etnik Sabah dimainkan dalam majlis anjuran Kerajaan Sabah.

Pengarah Urusan MRS Berhad Asmin Mudin berkata, pihaknya juga berharap agar Kerajaan Negeri khususnya kementerian terlibat menyokong penggunaan lagu-lagu etnik Sabah.

“Bagi pihak MRS Berhad kita memohon sokongan dan mencadangkan agar mewajibkan penggunaan lagu etnik Sabah sebanyak 40 peratus dalam mana-mana majlis anjuran Kerajaan Negeri selain berharap agar kementerian terlibat dapat menyokong lagu etnik Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian Negeri Sabah Datuk Dr Joachim Gunsalam di Wisma Kewangan di sini hari ini.

Kunjungan itu turut bertujuan unuk memberi penerangan berhubung fungsi dan tanggungjawab MRS kepada Joachim.

Sementara itu, Joachim berkata, pihaknya turut menyokong dan positif terhadap pengoperasian MRS selain berharap dapat membantu meningkatkan produktiviti serta kreativi para penggiat seni untuk terus berkarya sesuai dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Katanya yang turut melahirkan tanda sokongan kepada MRS untuk mencapai matlamat mereka mendapatkan royalti yang setimpal dengan usaha kreaviti mereka.

MRS Berhad merupakan badan yang mewakili penyanyi dan pemuzik dalam rakaman lagu untuk menjalankan aktiviti kutipan royalti

Ia termasuklah pembikin video muzik dan syarikat rakaman tempatan  yang melibatkan etnik tempatan di Sabah.

MRS merupakan badan pelesenan ketujuh yang diisytihar oleh Pengawal Hak Cipta di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) yang diberi kuasa mengutip royalti muzik dan mengeluarkan lesen penggunaan muzik di khalayak umum khususnya di Sabah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *