HomeUtamaPersatuan Penternak Gesa PM buka semula eksport ke atas produk selain ayam...

Persatuan Penternak Gesa PM buka semula eksport ke atas produk selain ayam pedaging

Read Time:1 Minute, 30 Second

KUALA LUMPUR — Persekutuan Persatuan Persatuan Penternak Ayam (FLFAM) memohon kerajaan membuka semula sekatan eksport keatas produk lain ayam ke pasaran antarabangsa.

Menerusi sepucuk surat yang dialamatkan kepada Perdana Menteri yang dilihat Sabah Media, Presiden FLFAM, Tan Chee Hee memohon supaya ayam selain ayam pedaging iaitu produk lain ayam ( termasuk ayam berbulu bewarna, ayam kampung dan produk ayam diproses) dibenarkan untuk dieksport semula kerana ianya tidak mendapat pemintaan tempatan yang tinggi.

” Permintaan konsumer hanya pada ayam pedaging biasa sahaja, manakala ’Produk lain” ( termasuk ayam berbulu bewarna, ayam kampung dan produk ayam diproses) tidak mendapat permintaan tempatan yang tinggi.

“ Adalah industri memohon kerajaan supaya produk lain dibenarkan untuk dieksport semula, ini adalah untuk mengekalkan integriti pengeksport kita kepada kewajipan perniagaan asing mereka” katanya

Pada 23 Mei lalu, Kerajaan telah memutuskan eksport ayam sebanyak 3.6 juta ekor sebulan dihentikan mulai 1 Jun 2022 sehingga harga dan pengeluaran ayam kembali stabil dengan keutamaan terhadap bekalan rakyat negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ketetapan itu antara beberapa langkah jangka pendek yang diputuskan mesyuarat Kabinet bagi menangani masalah bekalan serta harga ayam ketika ini.

Dalam pada itu, Tambah Persekutuan Penternak itu lagi, Badan itu yang mewakili beberapa persatuan ternakan di Malaysia meliputi pengeluaran ayam pedaging dan telur, termasuk pemprosesan produk ayam berkhidmat untuk negara dengan sepenuh hati untuk menjamin pembekalan daging dan telur ayam.

“ FLFAM memberi keyakinan Yang Amat Berhormat dato’ Sri bahawa industri ini komited sepenuhnya atas perkhidmatan kepada negara” katanya.

Dalam pada itu, di dalam kenyataan media sebelum ini, persatuan itu berkata Pengeluaran ayam kini dalam pemulihan dan bekalan semakin meningkat. Selepas negara berdepan dengan pandemik covid-19.

“ Dan kadar permintaan yang tinggi selepas wabak itu juga adalah tidak dijangka dan Lonjakan permintaan yang tidak seimbang ini menimbulkan kesan kekurangan walaupun pengeluaran meningkat kata persatuan itu lagi.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya